Profil

Profil Sekolah SK Sogo Sogo

Sekolah Kebangsaan Sogo-Sogo dibuka pada 01.01.1980 dan dikenali dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Sogo-Sogo Kinabatangan. Seramai 45 orang murid diambil sebagai pelajar yang pertama belajar di sekolah ini. Guru Besar yang pertama yang menjalankan tugas ialah En. Duisan bin Undoi berasal dari kampung Malinsau, Ranau. Pada mulanya sekolah ini tidak mempunyai bangunannya sendiri. Ketika itu, murid belajar di bangunan balairaya yang diubahsuai menjadi bilik pembelajaran. Selain dari itu, penduduk kampung telah bergotong-royong membuat pondok sekolah untuk sementara waktu. Pondok tersebut tidak mempunyai lantai.

  Pertambahan murid dan guru dari masa ke semasa mendorong pihak Jabatan Pelajaran meluluskan projek kilat bagi mengatasi masalah ketiadaan bilik darjah dan rumah guru yang khusus dan lebih selesa. Pada tahun 1986, bangunan projek kilat yang terdiri dari sebuah unit bangunan tiga bilik darjah dan sebuah rumah guru (kembar) bagi tempat tinggal guru-guru telah siap dibina.

  Pada tahun 1999 sekolah ini telah mendapat projek daripada bank dunia, dimana dibawah projek ini sekolah telah mendapat sebuah bangunan tambahan tiga bilik darjah dan sebuah rumah guru (kembar). Sehingga kini, sekolah ini mempunyai dua blok bangunan dan dua buah rumah guru empat unit daripada bantuan kerajaan. Selain itu, sekolah ini turut mempunyai sebuah pusat sumber dan sebuah rumah tumpangan bagi pelajar yang jauh dari sekolah. Ke dua-dua bangunan tersebut adalah bantuan daripada projek ADUN N.40 Kuamut dan P.162 Parlimen Kinabatangan. Buat masa kini, jumlah murid di sekolah ini adalah seramai 174 orang dengan 13 orang guru dan 3 kakitangan bukan mengajar.

SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH SK. SOGO-SOGO


VISI

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Sogo-Sogo Telupid Sandakan dipercayai oleh masyarakat dengan taraf pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



MISI SEKOLAH

Memberikan perkhidmatan pendidikan pada tahap yang cemerlang dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru-guru yang dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab dalam menjalankan tugas.




Sekolah Kebangsaan Sogo-Sogo
Sebagai lambang kemajuan
Tersergam indah menjadi kemegahan
Setiap lapisan masyarakat


Di kaki bukit yang bersejarah
Wujud kemegahan daerahnya
Anak bangsa menghuni didalamnya
Dididik dengan penuh setia


Itulah SK Sogo-Sogo
Harapan murid anak bangsa
Menjadi pegangan setiap penghuninya
Berilmu, beramal dan beriman