Home » , » Kisah Liyana: Untung laa sape jadi cikgu

Kisah Liyana: Untung laa sape jadi cikgu

Written By Sksogosogo Telupid on Saturday, 1 September 2012 | 07:07

Semasa admin SKSS mengupdate status fb dan mencari bahan2 untuk mengajar, admin tertarik dengan komen-komen dari seorang penulis blog iaitu Yana Adnan dengan mengutuk mengatakan bahawa kerja seorang guru adalah mudah. Kutukkan ini dianggap sebagai satu provokasi untuk menjatuhkan air muka guru dianggap tidak relevan sebagai seorang blogger.

Penulis ini sepatutnya sedar bahawa, bebanan kerja guru tidak boleh dipandang dengan sebelah mata kerana tugas mendidik adalah satu kerja yang berat..Bak kata pepatah Socrates "kerja mengajar sesiapa pun boleh lakukan, tetapi kerja mendidik hanya orang tertentu sahaja yang boleh lakukan"..Perlu diingat bahawa kerja guru bukan sahaja mengajar, tetapi mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berilmu dan berakhlak mulia...

Iniadalah gambar penulis blog tesebut...



Quote dari blog Yana Adnan

assalamualaikum

entry kali ini mungkin akan menyebabkan aku akan dicemuh masyarakat. tapi ini adalah pendapat peribadi aku dan aku rasa bukan setakat aku je rasa menda ni. 

kerja as a cikgu. of course la dihormati.tapi bagi aku.. kalau cikgu tu betul-betul berkualiti barulah wajar dihormati.

"eh yana, kurang ajar la ang...dulu kalau ang tak sekolah, belum tentu ang boleh jadi engineer sekarang ang tau dak?"
-yup, memang kalau aku tak pergi sekolah dulu, takde cikgu yang mengajar semua..belum tentu aku jadi engineer sekarang tapi disini, apa yang aku nak tekankan adalah...

betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu

1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot, tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu) selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam, 7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!

2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk, untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.

3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online, bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
dulu masa aku student, mana nak realize sangat dengan semua ni.. minda seorang student hanya nampak cikgu je sebagai idol. "wah...terer gila cikgu ni selesaikan masalah add maths ni", wah...cikgu ni pandai la manipulate ayat", "cikgu ni pandai la selesaikan masalah fizik ni' blablabla...but, now bila aku dah kenal erti duit, dah kenal erti masa..baru aku sedar.."wah, untungnya jadi cikgu, kerja senang, gaji banyak, orang kagum, disegani".."soklan add maths ni lagi senang kalau kita guna kaedah ni, fizik ni lagi mudah kalau guna cara ni..sains ni fakta, maths ni banyak buat latihan, kau dah boleh paham. sejarah ni kau kena rajin membaca, bahasa melayu ni kau kena baca selalu..semua ni ada kat sekeliling kita. "

mungkin ramai cikgu-cikgu yang kata mana ada kerja kami senang?
"Malahan guru sudah menjadi ‘multi purpose’ kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

“Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah,"
 kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.   sumber

multi purpose? iye ke? kalau bab hantar murid ke hospital tu, aku rasa semua cikgu berlumba-lumba nak tolong menghantar..ye la, nanti dapat skip kelas, tak payah nak mengajar..manjadi polis trafik? setakat setengah jam selepas waktu persekolahan, takkan tu pun nak berkira and tak salah aku, banyak sekolah sekarang dah ada pak guard dan pak guard ni yang bekerja sebagai polis trafik.
pegawai kewangan?ehem-ehem..kalau duit kelas, ketua bendahari yang jaga..tu pun student sendiri, kalau nak kata duit yuran...yuran persekolahan dan yuran peperiksaan dah pun dimansuhkan..menjadi kerani untuk masukkan markah???aku sendiri as a student pernah buat kerja ni..cikgu suruh..so what?maknanya cikgu aku dulu?curi tulang?ermmm..ye la,,beliau curi tulang dan student still anggap cikgu mereka cikgu terbaik..padahal.......!@#$%^

banyak benda yang aku rasa cikgu ni snagat beruntung. so para cikgu sekalian, tolonglah bagi yang terbaik kepada anak bangsa ye..

aku sangat salute kalau cikgu tu menjadi seorang cikgu disebabkan oleh minat dia yang mendalam.dimana dia sedar akan tanggungjawab dia, mengajar sampai budak yang tak minat belajar jadi rajin dan pandai. budak yang bodoh jadi cerdik, budak yang asalnya keluarga miskin tapi berjaya tanggung keluarga, budak yang terbela nasibnya kerana cikgu fightkan biasiswa untuk pelajar tu, budak yang bermasalah menjadi seorang yang berdisiplin, budak yang lemah dibimbing menjadi perkasa, budak yang lembab dapat menguasai ilmu teknikal, budak yang hilang akhlak jadi manusia bertakwa. yes. yang ni betul seorang guru.

kepada guru-guru sekalian, please la..stop baca blog, stop main facebook, stop buat tuition kalau niat nak cari wang tambahan dan bukannya nak memajukan anak bangsa, stop la jual shawl, jual supplement bagai...jadilah cikgu yang terbaik...

isk, kalau nak complain pasal kerja cikgu pulak..aku rasa lagi panjang la entry ni..


Share this article :

108 comments:

  1. BLog daH kENA rEMOVE..BAru nK MELONtarkan BEberapa PAndangan hahahaHa...Sah2 RaMAI YanG kecAM DIa NI,...

    ReplyDelete
  2. pelik dgn bdk Liyana ni

    ReplyDelete
  3. Dia ni nk mnta jd ckgu tp xdpt la..dsbbkn sifat cmburu dia lntar ayat2 sperti ini..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun pnah frust bcinta ngan cgu...sian smpai menghoyan dia.......

      Delete
  4. ok.walaupun saya bukan guru, saya berpendapat, luahan orang seperti liyana ini lah orang yang gilakan wang dengan kerja yg mudah!sebabnya dia cemburu dengan limpahan wang ringgit yang diperoleh oleh guru yang rajin!dia sakit hati dengan dengan gaji guru dan wang tambhaan hasil kerja keras guru!die engineer tp gj kecik.hahahha..so pity her,orang macam ni saya sgt kesian!

    ReplyDelete
  5. pelik cbb dy tulis blog post cm ni. mgkin si yana ni igt yg cikgu tu robot, 24 jam pkir pasal student je. dy lupa yg seorg cikgu pon manusia, ibu/bapa,isteri/suami, rakan, anak kpd sseorg yg ada tggungjawab terhadap keluarga. so, x patut pertikai kan pasal cikgu bukak pusat tuition/ mengajar di pusat tuition utk crik wang lebih. kdg2 studnt yg minta cikgu buat tuition utk enhance kan their knowledge, spye pemahaman utk ssuatu subjek tu lagi mendalam. bukan cikgu x bg all out in class, but kkdg dlm 1 class tu tahap pemahaman dan IQ studnt berlainan, ade certain sng nk paham, ade yg susah, ade yg seek for more knowledge by asking, ade yg bodo sombong xmahu tanye ape2, and I think cik yana ni one of the student yg bodo sombong. a teacher is also a human, diorg pon ade social life. so ridiculous kalo nk suruh diorg ttp FB, an stop blogging. if that's so nape x suh diorg stop going out for ziarah during hari raya as well? Kalo cik yana ni hebat sgt ape kate dy yg ttp FB and stop blogging, mybe better dy kurung diri dy dlm pejabat 24 hours so that dy bole bg all out dlm kje dy, kan? it's not easy nk jd cikgu. Aku tgk mak aku mlm2 tdo pkul 2-3 pagi tanda buku student, pkir pasal ape nak ajar the next day, tulis report, so on and so forth. pukul 5.30 jap lagi nk bgun da siap2 pegi skola. engineer ade wat cm tu? xde kaaannn?

    ReplyDelete
  6. Konklusinye Yana ni bongok!

    ReplyDelete
  7. Dtg dulu kat sekolah jadi cikgu seminggu dua baru tau.jangam nak maen sedap mulut je

    ReplyDelete
  8. Dtg dulu kat sekolah jadi cikgu seminggu dua baru tau.jangam nak maen sedap mulut je

    ReplyDelete
  9. xyah layan org macamtu..buat sakit otak..kl ade kat depan ni,nak je aku tampar muke die..biar die stress dengan padah mulutnya sendiri..

    ReplyDelete
  10. huh...kalo ajar main2. ko ingt kita x menjawab ngan tuhan nanti...

    ReplyDelete
  11. Stuju dgn pendapat2 di atas.. Ingat sket... Tanpa cikgu sapa la kte.. Apa yg cikgu buat itu hak die.. Cik yana ny sape nk sibok2..

    ReplyDelete
  12. Haram muka jerawat batu, nak lancap pn tak lalu.. ada hati nak komen pasal cikgu

    ReplyDelete
  13. kecian,, nak buat publisiti murahan xyah lah mcm nie,, dah terdesak sangat ke?

    ReplyDelete
  14. err, cik liyana? xsdrkah anda bahwa ibu bapa anda jjugak adalah seorg guru yg mendidik anda mengenal dunia. klu begitu ibu bapa anda juga xgunalah sbb dorang xtau nak didik anak bangsa mcm anda,, anda mula mengenal panggilan "mak" dan "bapak" dri mereka.. sapa yg mendidik anda menyebut perkataan tersebut? sya pasti ibu bapa anda bukn guru di sekolah.. jdi ibu bapa awk pun xikhlas lah bgi ilmu pada anda.. kecian idup anda, cik liyana, mmg sekrg anda boleh bangga dgn kontrovesi yg anda ciptakan tpi diakhirat nanti anda akan di persoalkan. dripda anda luahkan msa utk menulis perkara sepeti ini lebih baik buat kenyataan yg berfaedah sikit.

    ReplyDelete
  15. sy pn cikgu yg ada blog juga.tp bukanlah setiap masa update entry.ada facebook juga.tp tak la online tiap hari.sbg guru yg mengajar di kwsn pedalaman, tu je la entertainment yg ada..well, cikgu pn manusia juga.kalo dh setiap masa fikir hal kerja boleh gila juga kitorang ni cik liyana oii..

    ReplyDelete
  16. agaknye die ni boleh tau keikhlasan seseorang cikgu dgn hanya memandang luaran ke.. hmm.. nak kate tak pandai, dah jd smpi engineer kot... ke keje sbgi engineer menyebabkan die terlalu stress smpi jd camni.. byk betol persoalan bile buat enrty mcm ni.. takpe la.. tggu la kat akhirat nnt jawab la ko dpn YANG MAHA KUASA apesal ko leh wat enrty gini... sedapnye cakap.. huhu...alhamdulillah sy bangga jd cikgu wapun sy dlu beriye2 takmau jd cikgu sbb tau amanah mendidik murid tu same berat mcm amanah mendidik anak2 jadi yg terbaik n berguna utk masa dpn dia... hmmm

    ReplyDelete
  17. Walaupun saya hanya isteri kepada seorang guru,namun saya rasa sakit hati membaca entry bdak tak sekolah nih..Sebab nyer tekanan sebagai seorang guru tu tidak dirasai oleh guru sahaja,namun turut dirasai oleh pasangan nyer...Saya bayangkan suami saya pergi kerja pukul 7 sampai pkul 2...tu pun kalau tak ada meeting,tp rasanya dalam seminggu tu leh dikatakan tiap2 hari ada meeting,kalau ada meeting tu paling awal pun pkul 3 baru siap...meeting ni untuk apa?meeting untuk bincang masalah2 anak2 murid sekarang ni yang makin kurang ajor,cara2 nak atasi nye...lepas habis meeting ni tak kira kelas tambahan free lagi untuk menambahkan kecerdikan anak2 tuan2 dan puan2...tak kira lagi waktu koko petang tu,sampai pkul 6.30ptg,cakap je 6.30 dah siap,tp selagi semua murid tak balik cikgu still lagi kena tunggu sampai semua murid balik...tak kira lagi kelas tuisyen anjuran sekolah waktu malam,walaupun berbayar tp cukup berpatutan dengan bayaran yang dikenakan...pkul 11 baru balik rumah...cuba bayangkan masa cikgu dengan anak-anak sendiri di rumah???...jangan cakap sedap mulut jer.

    ReplyDelete
  18. YANA...........JIKA HARI INI SIAPA SAJA YANG MENJADI DEWASA, SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA YANG DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA......MOGA 'HALAL' SEGALA ILMU YANG DIAJAR OLEH GURU-GURUMU YG TERDAHULU SEHINGGA YANA MENJADI SEORANG YANG BERJAYA HARI INI DAN SEMOGA RAHMAT ALLAH SENTIASA MELINGKUNGI DIRI YANA YANG MEMPUNYAI FIKIRAN YG 'TERAMAT CERDIK' INI........( CIKGU ZAI )

    ReplyDelete
  19. Aku harap suami cik yana ni nnti ialah seorang guru...aminn. :)

    ReplyDelete
  20. saya agak setuju kalau liyana tu benar2 maksudkan menuntut keikhlasan seorang guru dgn niat nak mendidik anak bangsa.......well said..

    ReplyDelete
  21. ade mesej yg dia nak sampaikan dlm luahan hati dia nie.. tp terlebih sudah ape yg dia lontarkan pendapat tu.. n at 1st ayat pembukaan pun dia da tau dia akan dikutuk... hewheww... nasib bdn la ko budak.. so, skrg tadah je la ye ape yg org nk ckp..

    ReplyDelete
  22. pandang sisi yang positif....saya punya guru yang benar2 seorang guru, malah saya boleh menumpang kasih seorang ibu daripadanya...walaupun dia sudah pergi meninggalkan kami...memang benar siapa jadi guru itu untung jika dia benar2 menghayati dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru...untung ganjaran di dunia...untung lagi ganjaran di akhirat...menjadi seorang guru...tidak semestinya dia tidak boleh mengembangkan taraf hidupnya melalui cara yang lain..selagi cara itu halal...asalkan tanggungjawabnya kepada kerjayanya tidak diabaikan...

    ReplyDelete
  23. Salam guru 1Malaysia. Aku baru baca artikel ni.. Orang rumah yang bgtau.. Dia update blog dia boleh? Guru nak update kena komplen pulak? Last-last blog dia kena remove laa.. Manusia Liyana ni ramai dalam dunia ni. Menggunakan Teknik Mannipulasi Helah Bela Diri untuk menenangkan hati setelah TIDAK BERJAYA menjejakkan kaki ke Menara IPG Malaysia untuk bergelar guru. Dia mau jadi guru tapi tak ada rezeki...(sebab x cukup cantik) huhuh.. Kalau setakat gelaran kerja sebagai jurutera tu tak lah bagus sangat. Dia cemburu ni pasal gaji guru lebih besar dari gaji dia. Apapun Cik Liyana TAHNIAH kerana berjaya menjadi pengikut aliran "TERUS KE TITIK" (DIRECT TO THE POINT). AKHIRNYA BLOGSPOT KAMU YANG DICIPTA SECARA FREE itu telah kamu delete sendiri... Persamaan Peribahasa Melayu : Bagai meludah ke langit, terkena ke muka sendiri...

    ReplyDelete
  24. salam.. aku x nak cakap banyak.. pada aku tugas men jadi guru bukan lah sesuatu tugas yang senang.. sebab di bahu guru tergalas pelbagai tanggungjawab.. cuba renungkan la.. macam mana nasib guru yang mengajar di kaasan pedalaman, jauh dari keluarga, tiap hari berdepan dengan pelbagai risiko, kurang kemudahan.. sehingga kan nak mendapatkan setitik air bersih pun kdg2 susah.. demi nak mengajar anak didik bangsanya.. masih banyak lg yang si liyana ni x tau tentang GURU.. mungkin dia patut di beri peluang untuk menjadi GURU.. dan tengok sama ada dia boleh ke tidak nak laksanakan amanah yg di berikan pada dia... jgn ckp sesedap hati and emosi.. kelak merana diri..

    - restu ibu -

    ReplyDelete
  25. memula bace pasal perbandingan kakitangan kerajaan (guru) dengan pekerja kilang tu, bolehlah diterima pakai lagi.. masuk bab bawah bawah tu... dia dah mula lepas geram.. takpelah, korg pon kena terima jugak.. pendapat masing masing kan...

    jangan cepat melatah wahai guru guru, jadikan apa yang orang mengata itu sebangai batu loncatan untuk korang sume improve diri korang menjadi guru yang lebih baik lepas ni... :)

    tapi kekadang bila fikir balik, betapa bertuahnya korang sebagai kakitangan kerajaan yang punya pelbagai benefit sampai ke usia tua..

    dan kekadang terfikir, betapa terpinggirnya kami yang bekerja swasta, btw.. rezeki memasing... tersenyumlah dengan ikhlas ya..

    assalamualaikum -

    engineer to be, insyaAllah !

    ReplyDelete
  26. kenapa perbandingan antara guru dengan pekerja kilang tu boleh diterima pakai ye? bagi saya tak logik langsung..kami ada kelulusan ijazah macam golongan profesional lain..kami belajar 4 tahun di universiti...ada di UM, UTM...operator kilang ada perlu ijazah ke? tak layak ke kami dapat gaji 2K ke atas?mana blh sama kan dengan operator kilang..

    ReplyDelete
  27. terima kasaih yana... saya seorang guru,membaca dan menghayati bicara yana...saya rasa saya faham...ada betul juga bicara itu... tapi itu untuk kes terpencil..mana manapun ada yang curi tulang...mungkin nasib yana suatu ketika dulu...pernah belajar dengan sebilanagn guru yang begitu...tapi..guru yang dianggap teruk itu pun masih lagi mampu menghasilkn seorang jurutera..!! ramai guru guru yang tidak seteruk sangkaan yana...yang telah menghasilkan seorang perdana menteri...di mulut PM itu tidak pernah jemu...berkata.."TERIMA KASIH CIKGU" "TERIMA KASIH CIKGU"...seorang doktor itu...juga masih datang beraya di rumah saya setiap tahun...semata mata ingin terus mencium tangan cikgu tua ini...dengan penuh rindu.apakah maksud semua ini...? saya bersyukur menjadi seorang cikgu yang dirindui oleh seoarng doktor...jurutera...jurujual...pegawai bank... penjual ikan...suri rumah... saya amat simpati pada YANA..kerana tidak tertakdir untuk merindui seorang tua..yang pernah Yana panggil CIKGU suatu ketika dulu...terima kasih.

    ReplyDelete
  28. apelah cik yana ni..abg2 aku engineer jgk..dah btahun2 jd engineer..tapi.. x la berlagak cm cik yana ni..x la pandang rendah pd profesion perguruan...

    ReplyDelete
  29. CHECK LIST DIRI SENDIRI DULU,.ADAKAH ANDA SEMPURNA DI MUKA BUMI ALLAH INI? BANYAKKAN ISTIGHFAR SEBELUM MENGELUARKAN SESUATU PERKATAAN DARI MULUT YANG ALLAH KURNIAKAN.MANUSIA YANG SELALU BERKATA BEGINI KERANA KURANGNYA MEMBACA AYAT AL-QURAN,SOLAT 5 WAKTU ANDA??? DIAKHIRAT KELAK SEMUA AKAN DIHITUNG.BERSYUKUR DGN APE YG ADA.SEDAR DIRI SEBENAR DI BUMI ALLAH SWT INI.

    ReplyDelete
  30. ini ke hasil penulisan seorng engineer.. sungguh tidak relevan. setiap 'point' tidak disokong dengan hujah-hujah yg jelas dn pendapat profesional dr orang perseorangn atau hasil pembacaan. ini hanya penulisan luahan hati yang hanya mengikut nafsu semata-mata (berani pulak post di blog). kasihan cik liyana.. saya tak rasa kerja sebagai guru sebagai senang dan saya pun tak berani nak kata kerja engineer susah.. so, cik liyana, try to put u'self in their shoes or just shut u'r damn mouth!! u'r writing just show some stupidness from a poor litte girl that most probably had failed for so many times in her life....

    ReplyDelete
  31. kalu rasa jd cikgu tu mudah..tukar la profesion...mungkin dia teringin nak jadi cikgu kot...tapi tak kesampaian...kesian...kesian...

    ReplyDelete
  32. mmg untung jadi cikgu... mmg best jadi cikgu... knape? sbb sy pun seorang cikgu...

    saya masuk profesion perguruan ni pun dah lambat... umo 27 br dpt jadi guru... arwah bapa sy dulu guru tp dia x pernah galak/suruh anak2 dia jadi guru... so semua anak2 dia yg masuk universiti x pernah disyorkan amik kos perguruan... dan saya pula x sengaja jadi guru... itu pun permulaan mengajar sekadar ganti guru bersalin sekejap yg mana pengalamannya membuka mata "susah nye jadi guru" .. yg membuat bapa saya mengatakan itu la sebabnya tiada kata galakan kpd anak2nya utk jadi guru.... seminggu pertama sbg guru ganti.. balik umah terus tidooo sampai ptg... ntah apa yg penatnya... heheh iye la keje setengah hari penat lain mcm... tapi minggu berikutnya alhamdulillah hilang penat... sbb dh mula minat... dan rugi sgt kenapa la dr awal sy x jd cikgu.... namun xde la salahkn bapa sy sbb x syorkn sy jd guru dulu krn maklum.. mmg "susah jadi cikgu"...

    jadi cikgu adalah kerjaya yg saya rasa sgt mencabar kt dunia ni ... semua elemen pekerjaan ada disini... hehehe... jika anda sukakn cabaran ..jadilah guru... heheheh.. blom cuba blom tau... sblm jadi guru sy pernah bekerja di bhgn admin dan jualan yg waktu keje office hour... tp sy rasa lg banyak masa nk berjimba semasa keje pejabat dulu ...

    pendapat liyana ni hanyalah pendapat org yg x faham gerak kerja seorang guru... sy doakan beliau dapat melihat beban kerja dan tanggungjawab guru yg sebenar2nya...

    ReplyDelete
  33. mmg untung jadi cikgu... mmg best jadi cikgu... knape? sbb sy pun seorang cikgu...

    saya masuk profesion perguruan ni pun dah lambat... umo 27 br dpt jadi guru... arwah bapa sy dulu guru tp dia x pernah galak/suruh anak2 dia jadi guru... so semua anak2 dia yg masuk universiti x pernah disyorkan amik kos perguruan... dan saya pula x sengaja jadi guru... itu pun permulaan mengajar sekadar ganti guru bersalin sekejap yg mana pengalamannya membuka mata "susah nye jadi guru" .. yg membuat bapa saya mengatakan itu la sebabnya tiada kata galakan kpd anak2nya utk jadi guru.... seminggu pertama sbg guru ganti.. balik umah terus tidooo sampai ptg... ntah apa yg penatnya... heheh iye la keje setengah hari penat lain mcm... tapi minggu berikutnya alhamdulillah hilang penat... sbb dh mula minat... dan rugi sgt kenapa la dr awal sy x jd cikgu.... namun xde la salahkn bapa sy sbb x syorkn sy jd guru dulu krn maklum.. mmg "susah jadi cikgu"...

    jadi cikgu adalah kerjaya yg saya rasa sgt mencabar kt dunia ni ... semua elemen pekerjaan ada disini... hehehe... jika anda sukakn cabaran ..jadilah guru... heheheh.. blom cuba blom tau... sblm jadi guru sy pernah bekerja di bhgn admin dan jualan yg waktu keje office hour... tp sy rasa lg banyak masa nk berjimba semasa keje pejabat dulu ...

    pendapat liyana ni hanyalah pendapat org yg x faham gerak kerja seorang guru... sy doakan beliau dapat melihat beban kerja dan tanggungjawab guru yg sebenar2nya...

    ReplyDelete
  34. bakal anak die nant srh die sndri yg ajar...xpyh antar sekolah..huhu

    ReplyDelete
  35. boleh report polis sbb entry berbaur hasutan dan menghina.minta phk bkuasa ambil phatian

    ReplyDelete
  36. sy pun br terbaca apa yg yana ni tls. itu pendapat dia...hak dia nak tls macam tu...tak dinafikn apa yg dia tls tu ada yg betul n ada juga yg langsung x betul...sebagai guru apa yg dia tls tu adalah 1 cabaran tuk guru...mgkin apa yg dia tls tu berdasarkan pemerhatian semasa zaman sekolah dia dl...rs2nya dah lebih 10 thn dl...x adil bg dia kalau nak kt mcm tu pada guru2 ni sbb dia sendiri x pernah berada di tempat seorang guru...sy cabar cik yana ni msk jd guru selama 1 bulan dl...pastu br bg komen...

    ReplyDelete
  37. CIK LIYANA TU BELAJAR SAMPAI DPT IJAZAH BUKAN DAPAT ILMU DARI CIKGU KOT..MUNGKIN DIA DAPAT 'IJAZAH PALSU' YANG BOLEH DIBELI.. SEBAB TU LA DIA TAKDE BELAJAR SIVIK & TAK BELAJAR BERMORAL..KESIANNNNN.....

    ReplyDelete
  38. bodoh jugak budak ni.. ini mesti engineer menganggur..sebab tu dengki..

    ReplyDelete
  39. salam..

    terasa terhina pulak sbb seorang engineer (yeke engineer) tulis camni... punyerlah hati busuk dengki pekerjaan org lain.. isk isk isk.. masuk 7.30am balik kul 4.30pm pn nk diambik kira..adik2 lagi ni baru kenal dunia pekerjaan...kesian..semoga dia tabah..seksok dh jadi engineer yg bijak bukak blog baru ye dik

    ReplyDelete
  40. Tu bau cikgu ngajar sekolah harian.. Yg menhajar asrama penuh lagila.. Nak bermesra dgn anak sendiripun tak sempat kern kelam kabut jaga anak org.. Itulah tggjawab pada tugas che yana oooii

    ReplyDelete
  41. Saya seorang guru sudah mengajar selama 23 tahun.
    Liyana ni sebenarnya sgt negatif di dalam sifatnya. Mungkin kerana dia tidak didedahkan kepada kerja buat cikgu2. Mmg untung menjadi seorg guru. sentiasa dikelilingi anak2 didik yg menyayangi kita dan hati rasa lega apabila apa yg diajar samada utk dunia atau akhirat tercapai melalui sinar mata anak didik kita.
    tetapi tak semua guru pun baik sgt atau sedar akan tanggungjawab mereka. Guru pun manusia juga. biarlah kelalaian itu diantara diri cikgu itu dan Allah swt.
    Saya bersimpati dengan Liyana yg sgt negatif ini .Liyana ni patut menjadi seorg guru, mungkin dia akan menjadi seorang guru yg terbaik seperti yg dia sarankan di dalam kata2nya.

    ReplyDelete
  42. Salam semua..sedih bila ada manusia macam tu..ayah saya bekas guru di sekolah rendah.dan sy turut bersekolah di sekolah tersebut.sebagai seorang anak, sy rasa sedih bila ada individu seperti liyana yg seperti menghina pekerjaan mulia seorang guru.kalau benar guru tu diibaratkan hanya makan gaji tanpa memikirkan kebajikan anak didiknya,mengapa sy selalu lihat ayah saya memberi wang saku kepada pelajar2 yg xde duit utk belanja mkn ketika waktu rehat..sy tnya ayah sy, "abah,knp abg bg duit kt budak tu?" sambil menggosok kepala sy,ayah sy berkata "dia x duit nk belanja mkn,abah bg la duit.ksian,lmbat lg nk blik.." bila waktu balik, dalam perjalanan pulang ke rumah,ayah sy sering menumpangkan pelajar2 yg hanya jalan kaki sedangkan rumah mereka jauh.ternyata ape yg cik liyana katakan sama sekali x benar..sy percaya ramai guru2 diluar sana yg amat memntingkan kebajikan pelajar mereka..kerana sejak zaman pengajian lg mereka telah dididik utk menjadi seorang guru..etika keguruan hanya mereka yg tahu.jd jgnlah individu atau mana2 pihak seperti liyana mnghina manusia yg bernama guru..tanpa guru,siapalah anda hari ini...berkat rapat dgn abah,minat menjadi seorang guru amat kuat dalam diri sy..dan kini sy menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan bakal menamatkan pelajaran pd thun 2013, InsyaALLAH semoga ALLAH permudahkan urusan sy..guru bukanlah hanya seorang pekerja biasa, tp guru adalah ibu,ayah,teman,sehabat utk kita disaat kita memerlukan mereka...salam..:')

    ReplyDelete
  43. Sebenarnye dia tgh frust sbb bf dia tinggalkan dia utk kawin dgn seorg cikgu...kesian dia...patutla kena tinggal, hatinye busuk yg amat ...

    ReplyDelete
  44. biaser la, dlm byk2 produk yang dihasilkan kt kilang tu mesti ade yg reject...cik liyana salah seorang yang reject dari ribuan murid didikan guru2nya..mmg die ni berjaya dan membuatkan guru2nya bangga, tetapi yg menyedihkan cik liyana gagal dididik menjadi seorang insan...semoga beliau insaf..

    ReplyDelete
  45. biaser la, dlm byk2 produk yang dihasilkan kt kilang tu mesti ade yg reject...cik liyana salah seorang yang reject dari ribuan murid didikan guru2nya..mmg die ni berjaya dan membuatkan guru2nya bangga, tetapi yg menyedihkan cik liyana gagal dididik menjadi seorang insan...semoga beliau insaf..

    ReplyDelete
  46. Jadi cikgu bebannya amat berat.Tanggungjawab besar. Tapi si budak pompuan ni ape la bising-bising pasal gaji.Kalo dia ni engineer yang bagus,senang-senang je gaji dia ni 2-3 kali ganda gaji guru or any penjawat awam.Ramai je pekerja swasta bergaji besar and dapat banyak benefit dari syarikat diaorg.Jadi persoalannya,are you a good engineer cik liyana oi?

    ReplyDelete
  47. Guru2 semua...saya pun bangga jadi cikgu.. yuhuuuu..Tuhan tahu apa yg kita buat.

    ReplyDelete
  48. Liyana Adnan akhirnya tampil untuk meminta maaf atas keterlanjuran kata-kata beliau...

    http://sksogosogo.blogspot.com/2012/09/liyana-adnan-meminta-maaf.html

    ReplyDelete
  49. Bdk ni sbnrnya nk cari publisiti murahan. Dh xde mende nk citer..tp nk citer gak. Tu yg merapu bagai..haha. Ingatlah, manusia bukan hakim utk menentukan keikhlasan seseorg mnjlnkn tugas masing2. Hanya Allah Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  50. dlm Al-Quran pun ada ckp hormati guru...takde plak suh hormati engineer ke...doktor ke...yg ditekankan dlm tu tetap guru..aku pun pernah jd engineer...tak pernah plak aku bandingkan kerja engineer dgn guru ni...setiap pekerjaan ada susah senang dia...so ada la ganjaran tertentu utk setiap pekerjaan..jgn pertikaikan hak individu lain...tgk pd diri sendiri adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita dgn betul?engineer pun penah gak curi tulang, penah gan tuang keje...jgn bohong la cik liyana ni tak penah amik mc tipu semata2 nk g shopping or dating dgn pakwe (tu pun klu ada pakwe)....so apa yg awak blh buat cik yana, awak jpe setiap guru kt malaysia ni ko minta maaf seorang demi seorang....apa igt permintaan maaf yg awak buat tu blh selesaikan semua ke?tula lain kali bila nk bercakap guna otak dan fikirkan risiko...sy rs dlm pekerjaan engineer selalu diingatkan tentang risiko apabila mengambil keputusan so nmpknya cik yana bkn la engineer btl la...so cik yana lain kali fikir pki otak dulu ye

    ReplyDelete
  51. suami sy drive 130km sehala setiap hr sbb nk g skolah..keluar rumah pkl 6,smpai rmh smula pkl 4..klu nk kira,10 jam..itu pn lbh dr pngorbanan kot..mcik ni kna ddk skolah jd ckgu smnggu,baru die bole jilat blk ape yg die tulis..sila la ngadap kerja2 kssr,budak2 linus,bru die tau..agaknya die ni engineer company cik ayam kot,tu yg jeles tahap ape ntah..

    ReplyDelete
  52. aku tak kesa pun.walaupun aku stapak kurang dr engineer.it engineer kat skolah.aku pun tak heran da ngn gaji 2k cigu n environment diorg yg banyak cuti.diorg cuti lagi bagus.lagi aman aku keje even bape jam pun menapak kat skolah.dok rumah kan nye aku leh surf tenet pun..haha..so ape ape pun keje masing ade specialty die.toksah cite sal cigu.even kalo takde nelayan korang tak makan ikan la woi..apedaa..tu pun mau kecoh pasai keja..baek korang fokus beribadat ngn tuhan banyak2 sblom mati..lagi untung

    ReplyDelete
  53. masak ko yana.... Haha... Dah terantuk baru tengadah.... Cakap banyak x guna, cukup ramai maki ko...

    ye lah, dah mengajar budak yg kurang ajar!!!! Sekolah bertingkat tingkat tp bodoh melantun-lantun...

    ReplyDelete
  54. Ada sorg member saya....engineer kilang...gaji ciput...duk mohon cikgu tk dpt...aku rs,bdk ni mcm member aku kot...duk kutuk org keje kerajaan...sbnrnyer rezeki di tgn Allah...jgn pertikaikn dia buat keje tk...hanya Allah je tahu...kalau tk buat amanah diberi,jwp ah nanti...

    ReplyDelete
  55. ade betulnya pandangan liyana tu..cubalah belajar menerima kritikan dan muhasabah diri.

    ReplyDelete
  56. cik liyana pun ade sebut,klau guru itu berkualiti,mmg wajarlah dihormati.so what?klau anda rasa anda guru yg baik dan berkualiti kenapa nak emo dan melatah.

    ReplyDelete
  57. emm.. mungkin liyana ni xpernah belajar dengan cikgu sebelum ni.. dia lahir2 je terus jadi engineer.. tapi,.. berkualitikah kerja dia sebagai engineer? company mana yang amik pekerja yg x pandai handle stress n suka tidur? sepatutnya dia nilai diri sendiri sebelum nilai orang lain..

    ReplyDelete
  58. ade betul ade salahnye cik yana ni...
    sume org ade hak meluahkan pendapat masing2..
    same jek yg kecam die balik..

    ReplyDelete
  59. Kalo cikgu yg berkualiti suma org respek... Yg jd masalah skrang ni ialah bila keputusan spm or stpm teruk, ramai mintak maktab ngn upsi... Berkualitikah mereka ini?... Byk guru2 cemerlang dtg dr jurusan pendidikan universiti selain upsi

    ReplyDelete
  60. Helo, nak masuk maktab keputusan spm at least 7A ok, sy repeat 7A, x dapat 7 A jangan mimpilah.... saya pernah tanya pelajar2x yang ambil degree pendidkan, majoriti mereka terutama perempuan dapat first class semasa di matrikulasi... siapa bawah 3.00 nescaya tidak akan dapat peluang mengambil ujian medsi apatah lagi temuduga.... Jadi, yang jadi cikgu ni bukan calang2x orang..

    ReplyDelete
  61. Saye cikgu dia.....sy x halalkan ilmu yg sy bagi kt dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maafkan la die.. anggap yg die belum matang.. jgn diharamkan ilmu yg telah diberi.. masing2 ada ganjaran masing2 utk dia & utk tuan/puan.. bukan kite yg patut mghukum dia.. semua kuasa Allah. sedangkan ilmu yg diberi itu pun milik Allah.. wallahu'alam..

      Delete
  62. Yepp...sy spm 7A dr sekolah SBP adalah seorang guru...guru adalah insan paling fleksible, problem solver..seorang engineer bukanlah tiket untuk mengecam insan lain apetah lg guru..suami sy seorang engineer, datang dr family cikgu...sangat menyanjungi profesion guru...ambil yg jernih, buang yg keruh... Gud luck cik liyana!

    ReplyDelete
  63. untuk aku, guru sadalah seorang enggineer yg kreatif..yang boleh membentuk anak bangsa nye dalam pelbagai bidang..contohnye chek yana...guru nye membentuk beliau menjadi engineer (kalu betul le die nie engineer)kawan2 die mungkin mandapat pekerjaan lain...

    ReplyDelete
  64. Hamba Allah si yana ni xpernah nak bersyukur.tolongla ajar dia cakap Alhamdulillah~ .kalau setakat cakap ja pun xguna.paham maknanya woOOi .baru besaq sikit, dah rasa tinggi melangit.tunduk tengok ke kaki,kamu tu masih mencecah bumi.sama taraf ja semua orang.harta dunia,awat nak kalut sangat.rezeki Allah semua tu.bersyukur la sikit.oOOps,,bukan sikit,berbanyakkan bersyukur yana oOOii .semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Amin~ ^^

    ReplyDelete
  65. sblm jadi guru sy kerja sbg supervisor di kilang yg besar,rasanya jadi enggineer lagi senang, balik rumah lewat pun tak perlu fikir hal kerja dah, jd guru kerja tak pernah habis...yg bt/jawab la..yg sambil lewa tu Allah jua yg mengetahui

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. macam ku kenal aje dak liyana ni? adakah anak murid ku???? huhuhuuuuu....

    ReplyDelete
  68. cikgu2 semua nk tau...si yana senget ini marah sbb pkwe tnggalkan dia nk kawin dgn ckgu...sbb tu dia dendam kat ckgu..

    ReplyDelete
  69. cikgu aku dulu tahun 80an bukan semuanya bagus2...tp xpenah pulak trpikir aku nk kutuk cikgu ni..hadoi manusia!

    ReplyDelete
  70. cik yana nanti xperlulah hantar anak ke sekolah. silalah ajar dan didik mereka sendiri. terimakasih.

    ReplyDelete
  71. Dari dulu sampai skrg tak pernah miss utk doakn kesejahteraan cikgu2 aku walaupun aku ni seorg engineer.

    ReplyDelete
  72. ASTAGFIRULLAHAL AZIM.....betapa kecik hati dan SEDIH!!! cikgu2 ,ustaz2 ustazah2 ,teachers , lecturers yg penah mendidik cik yana sampai bleh jadi engineer skang...mana akhlak dan adab cik yana selaku seorang ummat MUHAMMAD...yg kalian cikgu2 yg penah mengajar cik yana...

    ReplyDelete
  73. "Cikgu awk dulu suruh awk jaga duit kelas sbb nk mendidik @ bg pengalaman kt awk camna cara nk uruskan duit. Awk boleh hina, tuduh cikgu awk "curi tulang" tapi didikan yang dorang bg tu la awk gunakan sekarang. Betul x sayang? ^_^"

    ReplyDelete
  74. Kesian...manusia ini "miskin jiwanya"...bila berbicara hanya berpandukan nafsu ammarah,kebencian,hasad dengki...inilah jadinya...pimpinla diri dgn akal yg waras...nescaya insan itu akan dipandang mulia...

    ReplyDelete
  75. salam, sy sbnrnya pd awalnya takda niat lgsung nak kasi komen.tp skrng nak kongsi pandangan.kpd liyana kalau anda baca komen ini, dont take it personal, sebb ini ditujukan kpd semua org terutama peringatan pd diri sndiri.kdg2 tanpa kita sedari , kita mgkin pernah berasa bangga dan merasakan pekerjaan kita lebih hebat dr org lain.contoh ,pernahkan kita terpkir mungkin buruh2 binaan yg kita tengok tiap hari tu, tak kisahlah bangla, indon etc, makcik2 cleaner kat opis/shopping mall, org2 yg jual petai tepi jalan, itu lebih dpt byk pahala dr kita sbb keje mereka secara fizikal lbh mencabar, berpanas, berhujan, tunggu tepi jalan berjam2 jual makanan, peluh yg keluar dr mereka lebih byk, kdg2 mgkin airmata , tak termasuk dgn layanan2 sesetengah org yg kasar thdp mereka,masa keje mrk betul2 kene fully utilize utk kerja, mksudnya kene betul2 ikut masa, bila masa rehat baru boleh rehat, selagi belum masa , kene terus bekerja (buruh2 binaan contohnya), takda masa nak pergi sembang2 kosong ngan kawan2 , pegi keluar minum kejap2 macam KEBANYAKAN KITA etc.. POINT YG NAK DISAMPAIKAN: sebenatrnya TAK KISAHLA APA PEKERJAAN ANDA, DR SULTAN , PM, MENTERI2 KABINET, ENGINEER, CIKGU, PEKERJA2 AM, BURUH KASAR, ETC ETC, SELAGI ANDA MELAKUKAN KERJA YG HALAL, CARA YG BETUL DAN IKHLAS , PASTI MENDAPAT KEREDHAAN DAN GANJARAN SETIMPAL DARI ALLAH SWT.JGN PERNAH MERASA DIRI KITA LEBIH HEBAT DR ORG LAIN.SEBAB ITU SIFAT ORG YG SOMBONG ATAU RIAK, ANTARA SIFAT YG ALLAH SWT PALING TIDAK SUKA PADA HAMBA2NYA.BEKERJALAH DNGN SIFAT2 IMAN DAN TAKWA.

    ReplyDelete
  76. Salam..i think she can be a great teacher bcos she indentified weakness in teacher...so...kpd cikgu2 ambillah komen ini secara positif, inshaALLAH

    ReplyDelete
  77. mungkin cik ni ada pengalaman buruk dengan semua gurunya...aku pun ada...tapi taklah sampai memburuk-burukkan guru dan profesion cikgu.
    Semasa tingkatan 6 (1987-88) dua tahun aku mengisi buku rekod kedatangan pelajar dan mark sheet peperiksaan dan buku laporan...bila nak isi surat berhenti sekolah...cikgu aku suruh aku tulis semua A untuk taraf akademik dan kelakuan dan sebagainya.
    Aku tak marah, yang aku tak suka cikgu ni kurang mengajar kami......tapi hari ini aku cikgu juga. Heee3X. Aku cuba jadi cikgu yang baik.....sedaya mungkin...kalau ada yang kurang aku akan minta maaf dengan pelajar terutama yang akan meninggalkan sekolah....

    ReplyDelete
  78. saya ambil positif komen cik yana ni....sebab saya sendiri tak suka cikgu seperti yang cik yana maksudkan.
    Seorang kawan saya lulusan Pengajian Melayu tak nak jadi cikgu, katanya tak nak menganiaya anak murid..
    Sebagai cikgu, kita mesti memberi contoh terbaik...supaya tiada lagi anak bangsa yang memandang rendah guru-gurunya seperti cik yana ini. Wallahualam.

    ReplyDelete
  79. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  80. apa tindakan yg di ambil oleh kerajaan n NUTP kat cik yana nie??

    ReplyDelete
  81. Ironi kan? Tapi itulah kebenarannya. Hanya boleh dikira dengan jari guru2 yang betul2 ingin mendidik.

    ReplyDelete
  82. aku ok ja dh pendapat dia tu....solute bg cikgu2 yg ikhlas ngajar.....

    ReplyDelete
  83. Salam pada semua...
    Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

    Harga serendah RM1.00/pcs.

    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    terima kasih admin

    ReplyDelete
  84. ramai yang tersentapp sbb post liyana ni terkena kat batang hidung sendiri,... dia sendiri dah mentioned .. kalau guru tu benar2 berkualiti mmg wajar dihormati,.. yg kita nampak,. komen2 daripada guru2 yg x berkualiti.. hahhaa...

    nape nak emo dgn post liyana,.. ade betulnyaaa.... kesiannnn korang,.. nampak satu benda dalam sudut negatifff.... hahah......

    ReplyDelete
  85. antara komen2 paling bangang skali ialah melibatkan perbadi liyana.. kenapa nak kaitkan dengan kecantikan seseorg kalau nak jadi cikgu..?? u alls tak rasaa berdosa ke mengta2 dia ni..? xcukup cantik laa.. x beradab laa,.. cuba buka minda sikit dan baca entry dia secara mendalam,.. dia x hentamm semua cikgu,.. dia respect guru yg benar2 ikhlas mendidik,.. cuma dia x suka kebanyakan guru2 zaman sekarang.. amat berbeza,.. aka.. terpaksa jadi cikgu,.. anak murid jadi mangsa..... sebab guru2 zaman dulu AMAT BERBEZA dgn guru2 zaman sekarang......

    ReplyDelete
  86. sy t'dengar kisah ni dari seorg kwn smlm..sy bknny ade ms sgt bca blog ni.sy cari blog tu tp dh remove..sbnrnya sy x brp stju dgn post liyana..ape yg liyana ckp 2, die tgk dri 1 sudut guru jer..die x kaji sume guru..ms seorg guru sbg isteri n ibu kurang b'banding kpd ank didiknya n sekolah. tgs2 guru dibawa ke rumah..smpaikn suami pon tolong keje isteri. suami sy seorg jurutera tp syukur die mamhami..dari sudut mgjar,guru2 skg lgsg x blh nk mrh n tegur ank murid. silap ckp mk ayah mai nk slhkn cgu,sdgkn ankny dlm kelas Allah jer yg tau..(tp x sume yg gtU).bygkn cgu nk didik akhlak ank skg pon pyh..kene b'fikir pjg dulu sblm btindk wlupon nyata kesalahn yg besar dilakukn murid.cgu ade cuti? sbnrny cuti cgu xdelh byk spt yg dperkatakn..wkt cti cgu2 kene "turun pdg".kje sbg cgu ni x pnh sudah wlpon cuti pjg..kalo yg kutuk2 cgu 2, cuba bgi pndpt cmna dorg rasa cgu layak digelar seorg cgu?

    ReplyDelete
  87. oh liyana...lepas ni tak payah la hantar anak awak p sekolah utk belajar dengan org yang bekerja sebagai guru... awak tu bukannya percaya kat guru sekarang..buang masa jer kan.... kalau setiap saat dalam hati dan fikiran awak tu asyik kata guru ni x ikhalas dan tak berkualiti....p la hantar kat pensyarah terus..tengok la anak awak tu paham ke tidak apa yang pensyarah tu cakap...BODOH SOMBONG!

    ReplyDelete
  88. die layak dipanggil betina .sama taraf dengan pelacur kat lorong haji taib.muka pun dah macam bapok...pondan...

    ReplyDelete
  89. oiii. betina ....lain kali kalau nak tulis or nak komen ape2 selidik dulu.jangan nak main sedap mulut je..jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebalanga....budak macam ni elok kene bomoh je......anta santau kat die....

    ReplyDelete
  90. tq liyana atas nasihat mu...ade yg boleh diambil pengajaran dan pedoman...tahniah atas keberanianmu

    ReplyDelete
  91. kecik2 tak nk mampus, bila besar menyusahkan org

    ReplyDelete
  92. Kerja mendidik bukan main-main...kerja mendidik ini serius...biarpun sya guru sekolah swsta, gaji basic tak sampai pun seribu...kerja siang-malam,sabtu-ahad ad program...ok apa...my opinion, gaji tak penting bg saya, yg penting sy happy dgn apa yg saya buat, dan buat kerja demi Islam. kata seorang cendiakiawan cina,'orang yang berasa gembira ketika bekerja, seolah-olah dia tak pernah bekerja seumur hidup'

    ReplyDelete
  93. assalamualakum dan selamat pagi semua. aku mintak maaf bagi pihak diri aku terlebih dahulu. dulu aku jugak macam budak liyana ni. cakap cikgu senang lenang dengan kerja yang sikit n masa lebih dengan keluarga. itu masa aku pangkat pengurus yang kononnya lebih bagus dari cikgu. sekarang aku jadi cikgu biola habis kursus KPLI. sekarang jugak baru aku rasa azab jadi cikgu. aku ingat kerja cikgu ni mengajar dalam kelas ja. rupanya cikgu lebih banyak buat kerja jadi pengkeranian, pemarkahan, penjaga keselamatan pelajar, jururawat, tukang kebun, tukang repair kalau bangunan sekolamh ada yang crack dan pecah, tukang angkat meja kerusi pelajar, terlibat dalam eksperimen dari pihak universiti, dan banyak lagi. pendek kata satu perjalanan yang selama ni aku selalu cakap pada saudara aku sendiri tentang beruntungnya kau jd cikgu. rupa-rupanya aku yang dah jadi cikgu ni kerja sampai pagi dan selalu tinggalkan anak bini pergi berkursus dan mengiringi pelajar pergi bersukan dan berkhemah. malas nak bercakap panjang lagi. hanya guru akan merasai maksud guru.

    ReplyDelete
  94. Yea Admin..ramai orang yang bukan bekerja dgn kerajaan akan berkata begitu...kalau lah dia boleh bagi contoh satu kerja kerajaan yang senang ..silakan...dia ( YANA ) aka hampeh punya budak pada aku bukanlah seorang engineer,tapi cumalah seorang budak yg skolah tak habis,bukak blog pun pakai line tenet bapak dia..mkn yg engineer tu ialah bapak dia kot..pastu sebab geram kat cikgu disiplin yg tangkap dia sebab melakukan kesalahan pastu kena tindakan sampai kena buang skolah,sebab tu dia post benda yang tak sepatutnya pada semua cikgu kerana dendam peribadi...itu lah yang dirasakan oleh firasat aku..klu org Melaka ckp "LAHABAU" punya budak...dia tak tau mcm mana rasanya bertugas sebagai seorang Cikgu atau Kakitangan Kerajaan yang bertugas di pedalaman aka "Remote Area" contohnya di pulau-pulau terpencil yang kemudahan betul2 asas,tiada bekalan letrik,bekalan air dari bukit-bukau..tiada line internet,

    kalau setakat pg melancong ke pulau2 2D1N ,pastu dilayan mcm raja,mmg lah seronok..cuba kau duduk situ selama 2 Tahun 3 bulan..basuh baju sdr,nak keluar bandar kena tggu 3-4 hari bila cuaca elok baru blh keluar,kena ribut tgh laut..itu jam baru kau tau mcm mana rasanya...

    Pada aku budak " YANA " ni lebih eolk klu dipanggil " BADIGOL SOOT "...

    Sekian Terima Kasih dari saya..

    ReplyDelete
  95. PAdan muka..ini lah pengajaran kepada seorang blogger...kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jgn diduga...bukan Google yg remove blog dia..tapi dia sdr yg remove blog dia sebab tak tahan kena kutuk dgn org ramai..dia tak tau setiap kali dia menggunakan enjin carian google dsbnya..semua cookies ,rekod,no tipon yg pernah diguna akan kekal dalam search engine tsbt..lu bikin lu tanggung lah sdr...dia tak ingat bila dia pernah link blog dia dgn website lain,pastu dgn otomatiknya segala data yg dia pernah post di website lain cthnya spt mudah.com akan kekal di search engine tersebut..padan muka lu..harapan saya semoga admin dapat menyiarkan alamat penuh blogger kurang ajar tersebut...biar semua org tau perangai kurang ajar beliau..kalau pon kau jd engineer dan bukak sykt sdr..lama2 client pon terjumpa jgk posting kuang ajar kau tu kau internet ni..dan apa impak dia? client pun akan lari loo..bila dah tau lu punya perangai maa..m@c1B@1 punya blogger..kasih busuk blogger punya reputasi saja...pigi mati laa kau bahh...

    ReplyDelete
  96. Liyana yang dungu otaknya

    ReplyDelete
  97. Budak ni Bkn engineer aku rasa tp cleaner. ....

    ReplyDelete
  98. Budak ni Bkn engineer aku rasa tp cleaner. ....

    ReplyDelete
  99. siapa yang makan cili dia akan merasa pedasnya.. walaupun komentar berbentuk menghina tetapi kita sabagai seorang manusia apatah lagi guru seharusnya mengambil ikhtibar dan be positive. banyak yang aku tengok komen2 dalam blog ni lebih banyak menghentam liana atas keceluparannya dalam blog.Tetapi apa yang dikatakannya ada benarnya. beginikah sikap guru? tidak boleh dikritik dan sentiasa mahu dipuji sepanjang masa.kepada guru2 sekalian jadikanlah kritikan ini kritikan membina. Tuhan lebih mengetahui apa yang kita lakukan.

    ReplyDelete
  100. saya baru terbaca hari ini...bagi saya semuanya rezeki daripada Allah...kalau kita ikhlas bertugas..kerja apa pun InsyaAllah berkat..tak kira ler kita seorang guru atau operator kilang...saya kesian pada Yana kerana dia dipilih menjadi engineer...kerja tak menentu...kenapa Allah tak beri dia kerja sebagai guru ? mungkin ada hikmah disebaliknya...mungkin sebab dia tak layak untuk menjadi seorang guru...

    ReplyDelete
  101. Anda hanya mampu mengata...kami membaca...HANYA ALLAH SWT yg tahu apa yg guru sedang lalui skrg...zaman moden x sama zaman ibubapa kita berada di sekolah dulu. Terima kasihlah kerana apa yg telah anda luahkan.

    ReplyDelete
  102. Ini keturunan Yahuza. Cian, anak murid sapa la dulu ni,sah dia mengalami tahap kemurungan yg tinggi dan menghadapi masalah jiwa yg kronik. Guru pun manusia, kerja apapun sama je,bukan boleh dilayan sangat budak tak cukup akal tu, kang kita yg berilmu sama taraf dengan dia lak...So, go Cikgu2 Sedunia, tanpamu siapalah kami anak2 bangsa yang berjaya.

    ReplyDelete
  103. Keliru kenapa ramai sangat melenting. Budak ni kata respect bagi guru-guru yang benar-benar ikhlas. Jangan melenting, kalau tak betul kata blogger ni bagus lah, teruskan didik anak bangsa, jangan meroyan kat sini.

    Pastikan guru berjiwa pendidik

    ReplyDelete

  104. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger