Home » » Individu lahir sebelum 1989 perlu saringan hepatitis

Individu lahir sebelum 1989 perlu saringan hepatitis

Written By Sksogosogo Telupid on Friday, 27 July 2012 | 18:02

Sumber: Berita Harian

Petaling Jaya: Kementerian Kesihatan menasihati rakyat Malaysia, khususnya yang lahir sebelum 1989, agar menjalani saringan penyakit hepatitis.

Ini berikutan, bilangan kes baru terutama Hepatitis B dan C meningkat sekali ganda tahun lalu berbanding 2010, iaitu daripada 640 kes kepada 1,250 kes bagi Hepatitis B dan 724 kepada 1,047 untuk Hepatitis C.
Berikutan itu, orang ramai diminta mengambil kesempatan menjalani saringan percuma yang ditawar 20 hospital kerajaan di seluruh negara sempena kempen Hari Hepatitis Dunia 2012.

Dianggarkan ada tiga hingga enam penghidap bagi kedua-dua jenis penyakit itu bagi setiap 100,000 penduduk dan 80 peratus daripada mereka berusia 25 hingga 55 tahun” - Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ramai yang berpendapat hepatitis sudah tidak wujud dan tidak mengambil vaksin.

“Dianggarkan ada tiga hingga enam penghidap bagi kedua-dua jenis penyakit itu bagi setiap 100,000 penduduk dan 80 peratus daripada mereka berusia 25 hingga 55 tahun,” katanya.

Liow berkata, walaupun Malaysia diisytihar Pertubuhan Kesihatan Sedunia mencapai matlamat mengawal Hepatitis B menerusi program vaksin untuk kanak-kanak yang dilancar pada 1989, mereka yang lahir sebelum itu mungkin menyumbang kepada peningkatannya sekarang.

Beliau juga bimbang penyakit itu yang lebih mudah dijangkiti berbanding HIV dan dikenal pasti antara penyumbang kepada 1.4 juta penghidap barah hati di negara ini akan menjadi satu epidemik jika tiada tindakan diambil.
“Penyakit maut ini berada di luar radar pengawasan kita buat sekian lama dan diabaikan sekalipun notifikasi jangkitan hepatitis adalah mandatori mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit,” katanya.

Kempen yang bermula semalam hingga Ahad di pusat beli-belah One Utama di sini itu bertemakan Its Closer Than You Think, antara lain menumpukan usaha meningkatkan kesedaran umum terhadap penyakit itu. – BERNAMA
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger