0
Kemenangan SK Sogo Sogo dalam perlawanan bola sepak akhirnya menangiskan pihak lawan apabila skuad bola sepak yang dipimpin oleh En. Albert, En. Celistine, En. Faizal telah berjaya menyekat kemaraan SK Pekan Tongod dan SK Kiandongo untuk menang dalam pelawanan ini.


Kekalahan tanpa jaringan ini membuktikan skuad bola sepak SK Sogo Sogo adalah yang terbaik di Zon Tongod kerana berjaya menjaringkan gol tanpa dapat di saingi oleh pihak lawan iaitu SK Kiandongo dan SK Pekan Tongod.

SK Sogo Sogo menjaringkan gol 7-0 apabila menentang SK Pekan Tongod manakala menjaringkan gol sebanyak 8-0 apabila menentang SK Kiandongo.

Kemenangan ini membolehkan skuad bola sepak SK Sogo Sogo terpilih untuk mewakili Zon Tongod dalam pelawanan bola sepak ke peringkat daerah Telupid.

Post a Comment

 
Top