Home » , , » Pemberitahuan: Pengemaskinian Data Murid Online

Pemberitahuan: Pengemaskinian Data Murid Online

Written By Sksogosogo Telupid on Monday, 27 February 2012 | 05:04


SEKOLAH KEBANGSAAN SOGO -SOGO
                    PEJABAT PELAJARAN DAERAH TONGOD (TELUPID)
             Peti Surat 08
             89300 Telupid

__________________________________________________________________________________
                                                                                                                       Rujukan :                                                                                                                                                                                                                               Tarikh     : 27 Februari 2012


Kepada,

Guru Kelas__________
SK Sogo Sogo_______
___________________
___________________


Tuan/Puan,

SISTEM PANGKALAN DATA MURID SECARA ONLINE (ATAS TALIAN)

Perkara di atas adalah dirujuk.

02.       Untuk pengetahuan pihak tuan/puan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) telah mewujudkan sistem pangkalan data murid secara online. Oleh itu guru kelas dipertanggungjawabkan untuk menyemak dan mengemaskini info murid dari masa ke semasa.

03.       Bagi memudahkan kerja semua guru kelas, saya telah mendaftarkan dan mengemaskini semua info murid manakala tugas guru kelas selanjutnya ialah membuat pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua di mana info tersebut boleh dikemaskini selepas tarikh 28 Februari 2012 sehingga 20 Mac 2012 bagi mengelakkan kesesakan di pusat server.


04.       Untuk pengetahuan pihak tuan/puan data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa oleh pihak KPM. Sebarang kekeliruan dan masalah berhubung dengan Data Murid, pihak tuan/puan boleh berjumpa dengan saya. Cara untuk mengemaskini data murid telah dilampirkan.

05.       Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Sekian dan terima kasih.





“BERKHIDMAT  UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,


…………………………………
( EN. WAN MOHD HUZAINI BIN WAN ISMAIL)
Guru Data Murid,
SK. Sogo-Sogo, Telupid.


SK.      ( / ) Fail




Lampiran


Langkah-langkah untuk mengemaskini pangkalan data murid online

1.      Sila layari Pangkalan Data murid di http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
2.      Sila masukkan nama pengguna dan kata laluan
3.      Kata laluan seperti berikut

Nama pengguna
Kata laluan
Catatan*
No KP
guru
No KP
guru
No KP
guru
No KP
guru
No KP
guru
No KP
guru

* nama guru kelas


4.      Selepas masukkan NAMA PENGGUNA dan KATA LALUAN, pengemaskinian info boleh dilakukan dengan klik pada DATA MURID di sebelah kiri.
5.      Klik pada nama murid yang mahu di kemaskini dan sila kemaskini selepas tarikh 28 Februari 2012 hingga 20 Mac 2012.
6.      Jika terdapat maklumat yang tertinggal dalam lampiran maklumat murid, sila berhubung dengan saya.



Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger