Home » , » Sukan Zon Tongod

Sukan Zon Tongod

Written By Sksogosogo Telupid on Saturday, 5 November 2011 | 04:50

Pada hari Rabu dan Khamis (2 Nov - 3 Nov) sukan zon telah berjaya dilaksanakan di SK Karamuak dengan penyertaan 5 buah sekolah di daerah Tongod. Sekolah yang menyertai sukan ini ialah SK Sogo Sogo, SK Kiandongo, SK Pekan Tongod, SK Karamuak dan SK Kenang Kenangan.



Semua guru-guru dan murid-murid SK Sogo Sogo telah berkampung di SK Karamuak selama 3 hari 2 malam bagi memeriahkan sukan zon ini. SK Sogo Sogo berpuas hati dengan penyertaan kali ini dengan membawa pulang pingat iaitu 1 Emas dan 6 Gangsa.




Pingat emas telah berjaya disumbangkan oleh Lyzra Jickly bagi acara lontar peluru perempuan. Keseluruhannya, SK Sogo Sogo mendapat tempat ke-3 dalam acara sukan pada kali ini. Terima kasih kepada yang telibat dalam menjayakan sukan zon Tongod ini.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger