Friday, 1 July 2011

Mesyuarat 1 Murid 1 Sukan

Beberapa hari sebelum Majlis Sukan Tahunan Sekolah, satu mesyuarat tentang Larian 1Murid 1Sukan telah diadakan di bilik guru pada jam 8.00 malam. Komitment yang diberikan oleh semua guru dalam menjayakan larian serentak ini harus dipuji kerana mereka sanggup membatalkan rancangan hujung minggu semata-mata menjalankan bagi menjalankan larian ini.

Berdasarkan mesyuarat yang dijalankan, En. Mian selaku pengerusi majlis  telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang larian ini termasuk agenda yang patut dilakukan semasa larian serentak 1Murid 1Sukan ini.

Melalui mesyuarat ini juga, jawatankuasa pelaksana program telah dilantik bagi melicinkan perjalanan program ini. Pelbagai cadangan telah diberikan oleh semua guru bagi menjayakan larian serentak ini.

Semoga larian serentak 1Murid 1Sukan berjaya dilaksanakan dengan mendapat komitment dari semua guru, ibubapa dan juga murid. Jom sama-sama memeriahkan larian serentak 1Murid 1 Sukan.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: