Home » , » Larian 1Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah

Larian 1Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah

Written By Sksogosogo Telupid on Thursday, 14 July 2011 | 00:07

Pada 2 Julai 2011, satu larian serentak 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah telah diadakah bagi menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Larian serentak ini melibatkan murid dari tahap 2 namun amat menakjubkan dengan kehadiran dari pelajar tahun 1 bersama kehadiran ibu bapa dan para belia kampung disiniyang bersemangat menyertai larian ini. Larian yang jaraknya 1.5 km ini bermula dari sekolah hingga ke pusat komuntiti Jalur Lebar di seberang jalan yang memerlukan beberapa sukarelawan bertugas untuk mengawal lalulintas di sepanjang jalan.

Acara dimulakan dengan sessi pemanasan badan oleh En.Albert Raimee untuk mengelakkan sebarang kecederaan disamping memberi keceriaan kepada para peserta untuk melakukan aktiviti riadah dengan berpandukan muzik yang dimainkan. selepas bacaan doa oleh Ustaz Shaiful Bahri, ucapan alu-aluan dibacakan oleh En.Mian Tampulong selaku Penolong Kanan 1 bagi menyampaikan amanat dari KPM. Kemudian, Kampung Sogo-Sogo digegarkan dengan laungan keramat 1 Malaysia sebanyak 3 kali bagi memberi semangat menjayakan program 1 Murid 1 Sukan ini. Para peserta dilepaskan dengan membawa obor gimik banner acara ini. kesudahannya, semuanya berjalan lancar dengan pemantauan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.

Program yang dilaksanakan berjaya mengeratkan ikatan diantara guru2, kakitangan bersama penduduk setempat. Diharapkan, ianyanya berterusan dengan misi dan objektif yang ingin dicapai terlaksana di mana bukan sahaja kejayaan murid tertakluk didalam kelas semata-mata, namun ianya diterjemahkan dengan kekuatan jasmani dan emosi bagi membentuk insan modal berkualiti tinggi.




Share this article :

1 comments:

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger