Home » , , , » Akhirnya Kedudukan Rumah Wira Berubah...

Akhirnya Kedudukan Rumah Wira Berubah...

Written By Sksogosogo Telupid on Friday, 1 July 2011 | 00:28

Majlis sukan tahunan yang diadakan selama dua hari nampaknya memberi seribu pengalaman kepada rumah kuning atau Wira kerana berjaya mengubah kedudukan di tempat ketiga berbanding tempat keempat pada tahun lepas.

Rumah wira yang dipimpin oleh En. Mian, En. Huzaini, Cik Rosedah, Cik Nicolete, En. Matius akhirnya berjaya mencipta kemenangan yang dinantikan. Semangat kental yang ditunjukkan oleh atlit rumah Wira seperti Mowe, Limree, Nurain, Anna, Nuraini, Safira dan sebagainya berjaya mengutip 4 pingat emas sehingga  mendahului rumah Satria.

Sorakkan dan tepukan semangat yang ditunjukkan oleh ahli rumah Wira berjaya menaikkan semangat para atlit untuk berjaya merebut gelaran juara dalam pelbagai acara yang dipertandingkan. Rumah wira telah memenangi 3 dari 4 acara padang yang dipertandingkan sehingga memecahkan rekod rumah Wira sendiri.

Walaupun rumah Wira mendapat tempat keempat dalam perbarisan, namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang  pada tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sukan pada kali ini.
Share this article :

1 comments:

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger