Home » » KEM LAMBAIAN ILMU 2011

KEM LAMBAIAN ILMU 2011

Written By Sksogosogo Telupid on Sunday, 15 May 2011 | 01:52

Pada 06-08 Mei 2011, program kecemerlangan dan motivasi bagi pelajar UPSR yang turut dikenali sebagai Kem Lambaian Ilmu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sebanyak 4 buah sekolah yang terlibat bagi menjayakan misi dan visi meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini. program ini turut ditaja oleh pihak Yayasan Sabah yang memberi sumbangan dalam bentuk modal dan sessi ceramah untuk dicerapkan dalam slot program ini. Perasmian dilakukan oleh wakil dari pihak PPD yang dilakukan dengan gilang gemilang.



Program dimulakan dengan sessi ice breaking dikalangan 108 orang peserta bagi memupuk semangat kerjasama di samping menimbulkan semangat keakraban dikalangan peserta. Pada hari pertama program lebih kepada sessi perkenalan dikalangan para peserta dengan mewujudkan kumpulan dan pertandingan gimik terbaik. Pada sebelah malamnya pula, kembara malam dilakukan oleh para peserta di sekitar sekolah bagi memupuk semangat kerjasama dan tidak mementingkan diri sendiri. Para peserta dibekalkan sebatang lilin dan 3 anak mancis bagi mnjawab soalan di setiap check point yang dijada oleh fasilitator.


Hari kedua program pula menyaksikan jadual yang begitu padat di mana sebanyak 4 bengkel kecemerlangan dilaksanakan bagi menjadikan objektif program ini tercapai. Ia merangkumi 4 subjek utama iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Bengkel ini disampaikan oleh penceramah jempuan dari Sk Linayukan juga daripada Sk Pekan Tongod. Selain itu, ia diselang selikan dengan Latihan Dalam Kumpulan yang lebih kepada pembentukan sahsiah diri dan menjana potensi individu bagi setiap peserta. Bagi merungkaikan ketegangan peserta, program sukaneka yang sangat menghiburkan dijalankan bagi meningkatkan tahap persaingan diantara peserta, Disini para peserta begitu bersemangat sekali melakukan setiao aktiviti agar dapat memperolehi mata dalam kumpulan. Setelah membersihkan diri, acara makan beradab pula dilaksanakan dengan para peserta perlu makan bersama di dalam sebuah talam. walau terdapat peserta kurang selesa, namun ia sedikit sebanyak merapatkan hubungan dikalangan mereka agar menjauhi sifat sombong dan dengki. Seterusnya bagi menggilapa bakat peserta, malam kebudayaan dijalankan dan berjaya mencungkil bakat mereka dalam tarian, nyanyian, sketsa dan deklamasi puisi. Ternyata mereka sangat gembira dan berjaya menambat hati guru da fasilitator semuanya.




Acara kemuncak program ini bermula pada hari terakhir dengan para pelajar melakukan riadah dahulu sebelum memulakan aktiviti meredah hutan belantara. sebanyak 9 check point disediakan dimana halangan yang perlu dilalui oleh setiap peserta. cabran yang dihadapi menuntut para peserta bekerjasama dan saling memerlukan di antara satu dan yang lain. ia secara tidak langsung melatih diri mereka agar sentiasa saling menbantu dan nmenghormati keupayaan masing-masing. Selepas itu terdapat LDK yang terakhir sebelum aktiviti penggulungan yang dijalankan oleh setiap peserta. Acara penutupan diserikan oleh kehadiran Puan Rosinah dari Yayasan Sabah yang memberi ceramah berkenaan hala tuju prestasi pelajar dalam menempuh peperiksaaan UPSR. Majlis ini turut diserikan oleh pihak PKR dan pemaju Mukim daerah Tongod. Dengan berakhirnya program ini, diharapkan para peserta yang terdiri daripada calon UPSR 2011 dapat memanfaatkannya untuk melonjakkan kegemilangan sekolah masing-masing. Moga ianya bukan sekadar aktiviti bersantai semata-mata, namun medan semangat untuk berjuang demi masa hadapan yang cerah gemilang.


Share this article :

1 comments:

Powered by Kickstory - Like Kickstory

Kickstory

Sponsor

 
Support : kickstory | kick2u | kick2u
Copyright © 2013. SK Sogo Sogo - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger