Sunday, 8 May 2011

Bagaimana hilangkan virus shortcut??

Serangan virus shortcut sering kali berlaku pada pendrive kita. Tambahan pula serangan virus ini sering kali berlaku apabila kita menggunakan komputer di cyber cafe. Virus shortcut ini sangat popular dengan kerja yang sungguh licik sehingga menghilangkan fail-fail yang tersimpan dalam pendrive atau hardisk.


Sebenarnya fail-fail yang tersimpan dalam pendrive tidak hilang tetapi telah disembunyikan oleh virus tersebut. teknik super hidden yang digunakan oleh virus ini secara automatik akan menyembunyikan fail-fail yang terkandung dalam pendrive.

Bagi mendapatkan kembali fail-fail yang penting yang telah di superhidden kan oleh virus ini kita boleh menggunakan pelbagai software. Tetapi gua tak mencadangkan untuk menggunakan software tetapi menggunakan altenatif manual untuk mendapatkan kembali fail yang telah disembunyikan. Caranya ialah

klik Start > Run dan taip cmd dan klik ok. Apabila keluar window anda perlu taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s dan tekan enter.

Perhatian!! attrib d:*.* /d /s -h -r -s untuk lokasi d
                 attrib e:*.* /d /s -h -r -s  jika pendrive anda di lokasi e dan seterusnya


Caranya sungguh mudah. Ok, Selamat Mencuba
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: