Saturday, 16 April 2011

Kemalangan Di Linayukan

Linayukan - Satu kemalangan telah berlaku di kilometer 20, Tongod - Telupid yang membabitkan seorang guru dan anaknya dari salah sebuah sekolah di daerah Telupid. Kemalangan ini dipercayai berlaku apabila tayar kereta yang dinaiki guru tersebut pecah sehingga hilang kawalan. Kereta jenis Toyota Hilux yang hilang kawalan itu akhirnya terseret dan terbalik di bahu jalan.


Menurut saksi kejadian, kemalangan ini berlaku pada jam 8.15 pagi sehingga mengejutkan beliau yang sedang bertugas sebagai pegawai keselamatan di SK Linayukan. Kedua-dua mangsa kemalangan yang cedera dikeluarkan dari kereta dan dikejarkan ke klinik Telupid dengan bantuan orang ramai.Kedua-dua mangsa kemalangan dirawat di klinik Telupid.
Previous Post
Next Post

post written by:

0 comments: