Friday, 15 April 2011

Berita Terkini!!!
Tahniah kepada pelajar SK Sogo-Sogo kerana telah berjaya merangkul tempat ketiga di kejohanan MSSM Peringkat Negeri Sabah di lahad datu dalam kategori Badminton perseorangan.

Adik Leonilla Alauni Molin telah mengalahkan wakil dari juara kebangsaan kategori 12 tahun dalam kejohanan tersebut, namun dapat tempat ketiga memandangkan faktor kecederaan yang dialaminya sewaktu latihan. walau bagaimanapun, namanya telah terpilih newakili negeri ke peringkat kebangsaan yang akan di adakan pada masa yang akan ditentukan kelak.

Syabas buat pelajar kita, sememangnya pelajar pedalaman mempunyai bakat yang terpendam, yang perlu digilap bersinar, semestinya pada suatu hari nanti, tidak mustahil berada sebaris dengan pemain professional di peringkat antarabangsa...
Previous Post
Next Post

post written by:

1 comment: